Samsung dikatakan bergantung kepada beberapa ciri baru yang akan diperkenalkan pada Samsung Galaxy S5 sekaligus meletakkan Galaxy S5 sebagai perintis teknologi terbaru dan menjadi pendahulu pasaran Android. Jika sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Samsung Galaxy S5 akan hadir dengan skrin paparan QHD 5.25-inci terdapat juga laporan yang mengatakan peranti ini akan dilengkapi dengan teknologi pengimbas mata yang menawarkan fungsi sama seperti pengimbas capjari TouchID yang ditawarkan oleh Apple melalui iPhone 5s.
Satu laporan yang diterbitkan di Korea semalam menyatakan bahawa selain hadir dengan ciri-ciri keselamatan berasakan pengimbas mata, telefon pintar utama Samsung bagi tahun 2014 juga akan dilengkapi teknologi yang berkuasa tinggi. Selain dilengkapi perproses berasakan cip Samsung Exynos 64-bit, Galaxy S5 juga akan dilengkapi dengan 4GB RAM yang telah diperkenalkan secara rasmi semalam. Cip DDR4 RAM ini adalah 50% lebih baik berbanding DDR3 RAM yang digunakan kini selain hanya menggunakan 40% tenaga.
Lain-lain spesifikasi yang bakal di sertakan pada Galaxy S5 adalah seperti Android 4.4 KitKat, kamera 16MP dengan kebolehan mengambil gambar dengan keadaan cahaya rendah, bateri berkapasiti 4,000 mAh, rangka berasakan keluli. Kesemua spesifikasi yang disebut ini pasti membuatkan anda tidak sabar menantikan pelancaran telefon pintar ini yang akan dilakukan pada bulan Februari 2014.
-Sumber : sini
0 comments:
Attention
Miracin.pw DOES NOT host any videos on our web page. All videos found on our site are found freely available around the web. We make no guarantees or promises in our service and take no liability for our users actions. We are not affiliated nor claim to be affiliated with any of the owners of videos/streams played on our site. All content is copyright of their respective owners . thank you
Post a Comment