Saturday 28 September 2013

EKSLUSIF! ISTERI MAT YO TETAP AKAN DISAMAN MAJIKAN AZMAN


EKSLUSIF! ISTERI MAT YO TETAP AKAN DISAMAN MAJIKAN AZMAN  |

Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.
Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-

“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam

Sumber : www.abgteror.com


0 comments:

Attention

Miracin.pw DOES NOT host any videos on our web page. All videos found on our site are found freely available around the web. We make no guarantees or promises in our service and take no liability for our users actions. We are not affiliated nor claim to be affiliated with any of the owners of videos/streams played on our site. All content is copyright of their respective owners . thank you

Post a Comment