Wednesday 4 September 2013

Yusof Haslam Akan Tambah 30 Babak KL Gangster 2??

Jika difikirkan secara logik, pastinya mereka-mereka yang telah menonton filem ini secara haram tidak lagi akan ke panggung untuk menonton filem ini.Kutipan tiket akan mengalami kejatuhan teruk sekaligus Skop Productions Sdn Bhd akan kerugian besar.

Minggu lalu, industri hiburan tanah air telah digemparkan dengan berita filem KL Gangster 2 yang sepatutnya ditayangkan di panggung pada 3 Oktober, telah mula tersebar di internet hasil kerja mereka yang tidak bertanggungjawab.

Filem arahan Syamsul Yusof itu dengan mudahnya boleh dimuat turun di internet malah ada pihak yang menyalin filem itu ke bentuk CD serta DVD dan mula menjualnya di merata tempat.Isu ini nyata memberi impak kepada produksi filem tersebut iaitu Skop Production yang mana telah melabur sebanyak RM4.5 juta untuk filem yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.


Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam nyata sangat kecewa dengan perkara berkenaan apabila melihat filemnya itu dengan mudah dimuat turun secara percuma di internet atau dijual dengan harga RM5 sedangkan filem itu belum pun ditayangkan.Untuk menjelaskan isu itu serta langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam akan hadir dalam program MeleTOP malam ini sebagai tetamu jemputan.

Pastinya dia mempunyai caranya tersendiri untuk mengatasi perkara berkenaan, contohnya sesuatu harus dilakukan untuk membezakan filem yang ditayangkan di panggung dan yang telah ditonton secara haram.

Mungkinkah Datuk Yusof akan memastikan ada beberapa babak tambahan perlu diletakkan atau 30% jalan ceritanya harus dibikin semula untuk memastikan keuntungan dapat dicapai? Mungkinkah semua ini akan dicapai jika sedikit penangguhan dilakukan untuk tayangan KL Gangster 2?

Pada pendapat gua,benda ni marketing strategi,apa-apa pun marilah kita menyokong hasil karya tempatan.

0 comments:

Attention

Miracin.pw DOES NOT host any videos on our web page. All videos found on our site are found freely available around the web. We make no guarantees or promises in our service and take no liability for our users actions. We are not affiliated nor claim to be affiliated with any of the owners of videos/streams played on our site. All content is copyright of their respective owners . thank you

Post a Comment